Kalam Hikmah
Sebaik-baik sahabat - Dan sekiranya engkau berkawan dgn seorg bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik drp berkawan dgn seorg alim yg selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yg dpt digelarkan bg seorg alim yg selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dpt disebutkan bg seorg yg sudah dpt mengekang hawa nafsunya.(Ibn Atta'illah)
Istirehatkan dirimu/fikiranmu drp kerisauan mengatur keperluan duniamu sebab apa yg sudah dijamin/diselesaikan oleh lainmu, tidak usah kau sibuk memikirkannya.
Jangan memaksa diri untuk mencapai apa yg telah dijamin dan jgn mensia-siakan apa yg telah diamanahkan kpdmu.
Jgnlah kelambatan pengabulan doa menyebabkan engkau patah harapan. Allah telah menjamin menerima semua doa dlm bentuk dan ketika yg dikehendakiNya.
Seseorg tdk akan mencapai darjat org salihin sehingga melalui enam rintangan;
1. Menutup pintu kemuliaan, membuka pintu kehinaan
2. Menutup pintu nikmat, membuka pintu kesukaran
3. Menutup pintu istirehat, membuka pintu perjuangan
4. Menutup pintu tidur, membuka pintu jaga
5. Menutup pintu kekayaan, membuka pintu kemiskinan
6. Menutup pintu harapan, membuka pintu bersiap menghadapi maut.
Sesngguhnya Allah kasih kpd makhlukNya yg suci hati, yg samar, yg bersih, yg terurai rambut, yg kempis perut kecuali drp hasil yg halal, yg bila akan masuk mengadap raja tidak diizinkan, bila meminang wanita bangsawan tdk diterima, bila tiada tidak dicari, bila hadir tidak dihiraukan, bila sakit tidak dijenguk, bahkan bila mati tidak dihadiri jenazahnya.
Kebaikan itu terhimpun dlm 4 jenis dan dgn itu tercapai darjat wali (yakni disamping melakukan kewajipan agama) iaitu:
1. Lapar
2. Diam
3. Menyendiri
4. Bangun malam (bertahajud)
Menunda amal perbuatan (kebaikan) krn menantikan kesempatan yg lebih baik suatu tanda kebodohan yg mempengaruhi jiwa.
Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu mencari ilmu pengetahuan. (Imam Syafie r.a)
Org yg berakal itu adalah org yg akalnya dapat mengawal segala sifat mazmumah (keji). (Imam Syafie r.a)
Barangsiapa yg menyukai bila Allah menutupinya dgn kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia lain. (Imam Syafie r.a)
Jangan diikut perangai lampu, menerangi org lain tetapi diri sendiri terbakar. Contohilah perangai bulan, tiap kali bertentangan dgn bulan dia mendapat cahaya baru. (Al-Kindi)
Akal ialah pendapat sendiri manakala naqal ialah mencontohi pendapat org terdahulu. (Ar-Raazi)
Di antara org bijak, org paling bijak tahu bahawa ia hanya tahu paling sedikit. Di antara org yg bodoh, org paling bodoh terfikir ia tahu paling banyak.
Org yg berilmu selalu berdoa, Ya Allah kayakanlah aku dgn kekayaan ilmu, hiasilah aku dgn perhiasan sopan santun, muliakanlah aku dgn kemuliaan taqwa dan cantikkanlah aku dgn kesihatan yg sempurna. (Ibnu Najar)
Tidak akan mungkin memahami kehidupan ini melainkan dgn memandang masa lalu. Dan tidak akan mungkin kita dapat menjalani kehidupan ini melainkan dgn memandang masa hadapan.
Apabila berlaku satu kesalahan, maka baikilah dgn mengenali kesalahan itu.
Jadilah bersama2 org yg menahan amarah dan org2 yg memberikan kemaafan kpd org lain.
Doa memberi kekuatan pd org yg lemah, membuat org tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian kpd org yg ketakutan.
Jika kejahatan dibalas kejahatan, itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan itu adalah zalim. Jika kejahatan dibalas kebaikan itu adalah mulia dan terpuji.
Semulia2 manusia ialah siapa yg mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
Berkata Imam Al-Ghazali
Jika kau ingin petunjuk iman
Kuatkanlah dirimu utk menerima segala musibah
Bertenang dlm menangung segala kepahitan
Sifat sabar terbentang dlm dadamu
Lisanmu perlu dikunci
Matamu perlu dikawal
Rahsiamu disembunyikan & hanya dilihat Allah shj
Namamu jgn terkenal
Pintumu tertutup
Mulutmu tersenyum
Perutmu lapar, hatimu luka
Hindari dari terkenal, pangkatmu terpendam
Keaibanmu tersembunyi dari umum
Setiap hari menahan kepahitan dari zaman dan teman
Sedangkan hatimu menurut
Siangmu berbakti kpd org ramai
Tanpa membangkit2nya
Sepi dari pandangan
Ambillah kesempatan pada malam itu
Jadikan ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat.
Renungkanlah!!
Sarung paku tarik paku
Paku berada di dalam dulang
Cari aku di dalam aku
Aku berada ditempat yg terang
Paku berada di dlm dulang
Dibawa org dari tanjung
Aku berada ditempat yang terang
Sedikitpun tiada yg melindung
Dibawa org dari tanjung
Mari dimasak gulai lemak
Sedikitpun tiada yang melindung
Tetapi sebaliknya hendaklah disemak
Selesai sudah dimasak lemak
Mari dibuat makan kenduri
Apabila telah selesai disemak
Baru kenal rahsia diri
Selesai sudah makan kenduri
Tok Alim baca doa selamat
Apabila kenal rahsia diri
Baru kita merasa nikmat
Mari berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelan kaki
Jikalau berguru kepalang belajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Ramai org berebut-rebut
Hendak menuju ke tanah lapang
Sila tuan-tuan pergi menuntut
Ilmu hidup dipakai mati ditumpang
Tuah dan Jebat hendak bertarung
Bertarung kerana titah raja
Tidaklah mata menjadi sarung
Sarung jua menjadi mata
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat jua akan tumbuhnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat jua akan sesungguhnya.
Nostalgia Lagu
Anak Kecil Main Api
anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
airmata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik org
nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesama la kita
cinta lenyap diarus zaman
indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
pribumi merintih sendiri
masa depan sungguh gelap
terkenang peristiwa semalam
tertutup lah hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang
kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatu la hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri
kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah perkasa
jangan lah terlalai teruskan usaha
melayu kan gagah di nusantara 2x .....
Bangkitlah Melayu
Sajak “Melayu” Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
PERSAHABATAN
SAHABAT yg beriman ibarat mentari menyinar...
SAHABAT yg setia bagai pewangi mengharumkan...
SAHABAT sejati menjadi pendorong impian...
SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jln ALLOH...
Memilih Sahabat Baik Dan Beriman
Sahabat umpama penyuluh yang menerangi kegelapan. Di dalam kitab Hidayatul Salikin Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.”
Orang Yang Berakal
Jika kita berkawan dengan orang kurang berakal ( jahil ) mungkin akan menyebabkan perkelahian. “Seteru yang berakal itu terlebih baik daripada kawan yang tidak berakal.” Seteru akan menegur kita apabila kita melakukan kesalahan. Perkara ini akan membolehkan kita membaiki kesalahan kita. Manakala sahabat yang tidak berakal akan mendiamkan diri walaupun kita melakukan kesalahan.
Baik Peribadi Dan Perangainya ( Akhlaknya )
Jangan bersahabat dengan orang yang jahat perangainya. Begitu juga orang yang sangat pemarah, derhaka kepada ibu bapa, tidak solat, tidak puasa dan orang yang meringan-ringankan agama.
Orang Yang Soleh
Jangan berkawan dengan orang yang fasik. Fasik ialah orang yang mengekalkan dosa besar dan dosa kecil. Seorang yang takutkan Allah S.W.T. tidak akan mengekalkan dosa besar atau dosa kecil. Sabda Nabi s.a.w: “Jangan engkau bersahabat melainkan dengan orang mukmin dan jangan engkau makan melainkan dengan orang-orang yang bertaqwa.” ( Abu Daud dan At-Tarmizi )
Jangan Bersahabat Dengan Orang Yang Sangat Kasih Pada Dunia
Barangsiapa yang bersahabat dengan orang seperti ini adalah umpama racun yang akan membunuhnya kerana tabiat kawan itu akan menjadi ikutannya. Sabda Nabi s.a.w: “Sangat kasih kepada dunia itu kepada segala kejahatan dan kesihatan.” ( Ibnu Abid-Dunya dan Al-Baihaqi )
Maksud kasih kepada dunia di sini ialah perkara-perkara yang bertentangan dengan suruhan atau larangan Allah S.W.T. dan Nabi s.a.w.
Walaupun ia seorang peniaga, tetapi di dalam perniagaannya itu mengikut suruhan dan meninggalkan larangan Allah dan Rasul-Nya s.a.w serta ia mengingati Allah, dikira agama (ibadatnya). Sebaliknya jika ia beribadat atau beramal tidak mengikut kehendak Allah dan Rasul s.a.w atau ia lalai daripada Allah dan mengingati dunia, ibadat itu dinamakan dunia, walaupun pada asalnya ibadat itu adalah agama. Sabda Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang melakukan sesuatu perbuatan ( amalan ) yang bukan daripada perintah kami, maka ia adalah ditolak.”
Orang Yang Benar Perkataannya ( Jujur )
Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian akan membawa kepada kebinasaan dunia.
Sabda Nabi s.a.w: “Tiga perkara barangsiapa yang ada salah satu daripadanya, maka ia munafik meskipun ia berpuasa dan solat. Apabila bercerita, ia berbohong, apabila berjanji nescaya ia menyalahi janjinya, apabila diberi amanah, ia khianat.”
Siapakah Sahabat Yang Baik
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.”
No comments:
Post a Comment